April 2021 | Malay Martial Arts - Silat

Sunday, April 11, 2021

Seni Silat Pulut


Seni Silat Pulut adalah merupakan permainan silat turun temurun dari warisan nenek moyang kita. Tujuan permainan silat pulut adalah untuk melatih pendekar silat menggunakan ilmu persilatan supaya dapat meningkatkan kemahiran ilmu perang mereka. 


Sejarah mengenainya tidak begitu jelas, namun terdapat beberapa teori yang menyebut tentang sejarah silat pulut ini.


Sejak kejatuhan kerajaan Melayu Tradisi di Semenanjung, silat telah terpinggir daripada istana dan pertahanan negara telah diperkenalkan dengan sistem pertahanan barat. Orang perang dan pahlawan telah kembali ke desa dan terus mengembangkan Ilmu Seni Perang Melayu atau institusi pendidikan kepahlawanan Melayu.


Bagi mengelakkan ilmu kepahlawanan itu daripada pengetahuan penjajah lalu dijadikan satu permainan tradisi yang didalamnya terdapat serang dan beladiri, dinamakan Silat Pulut. Permainan ini berkonsepkan sifar kecederaan di samping menjaga adat tatasusila agar ianya menjadi harmoni.

Kini seni silat pulut menjadi suatu bentuk persembahan yang telah meresap ke dalam adat istiadat melayu semenanjung dengan diiringi muzik silat baku iaitu gendang ibu, gendang anak, gong dan serunai. `Bunga Sembah’ atau `Lela Sembah’ dilakukan sebagai hormat tetamu yang kehadiran mereka diraikan. 

Video Pengenalan Silat Pulut

 

Video Gaya dan Langkah Silat Pulut

 

Video Persembahan Silat Pulut