Malay Martial Arts - Silat
Showing posts with label Silat Laksamana Singa. Show all posts
Showing posts with label Silat Laksamana Singa. Show all posts

Saturday, March 5, 2022

'Seni Silat Laksamana Singa' keeps Malay martial art alive


The existence of various forms of silat proves that there are still many who want to uphold the martial arts heritage of the Malays so that it will not be diminished by time.


One of them is Seni Silat Laksamana Singa, which was formed in 2015 in Parit Amal Darat, here.


More interestingly, this form of silat was established by its founder Idris Mohamed, 40, through the combination of five silat styles which he studied in Kuala Lumpur, Penang, Perlis and Kedah when he was in his 20s.


“Prior to this, I learnt multiple styles of silat, namely Seni Silat Harimau, Seni Silat Gerak Sendeng, Seni Silat Pulut, Tari Silat Melayu and also Seni Silat Kuntau Pattani.


“So, based on my experience, I founded Seni Silat Laksamana Singa by combining the five silat styles into one syllabus,” he said when met recently.


The Muar native said, his mission was none other than to preserve the Malay martial art heritage, in addition to strengthening a person’s self-identity as well as self-discipline and prevent young people from getting involved in social ills.


“Through it, the students will learn self-defence after they have completed the empty-hand fighting techniques as an additional syllabus so that they will not panic when encountering an unforseen attack,” said Idrus who is also a contractor.


Seni Silat Laksamana Singa has now expanded to other states with the opening of three branches in Selangor, namely, Jalan Kebun, Shah Alam and Puchong and one branch each in Pernu, Melaka and Selama, Perak.


Idris, the Satria (male student) instructor, here, is assisted by his wife Suhana Abdul Hamid, 28, who is responsible to teach the female students, or Serikandi as training sessions are held separately.


Since it was set up, over 200 registered individuals had been trained nationwide with the youngest being an eight-year-old boy and the oldest, a man in his 50s.


Seni Silat Laksamana Singa also has its own belt system according to colours, namely white, black, green and red while the yellow belt is for the instructors.


Seni Silat Laksamana Singa had also become the member of the Malaysian National Silat Federation (Pesaka) and the Malaysian Society of Malay World Arts of Silat.





Silat Laksamana Singa pelihara seni warisan Melayu dalam pertahanan diri


MUAR, 5 Mac -- Seni bela diri seperti warisan seni silat pusaka bukanlah sesuatu yang baharu di negara kita, malahan sehingga kini ada sahaja jenis silat baharu yang diperkenalkan.


Penubuhan persatuan persilatan baharu membuktikan masih ada pihak yang mahu memartabatkan seni warisan pusaka Melayu itu agar ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.’


Pengasas Seni Silat Laksamana Singa Idris Mohamed

Seperti Seni Silat Laksamana Singa, yang ditubuhkan pada 2015 di Parit Amal Darat, Muar di sini, ia berkonsepkan gabungan antara kesenian warisan Melayu dan juga mempertahankan diri.


Namun, apa yang lebih menarik, silat ini berjaya direalisasikan selepas pengasasnya, Idris Mohamed, 40, menggabungkan lima jenis persilatan lain yang telah beliau pelajari di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah ketika berumur 20-an.


“Sebelum ini saya ada dalam perguruan seperti Seni Silat Harimau, Seni Silat Gerak Sendeng, Seni Silat Pulut, Tari Silat Melayu dan juga Seni Silat Kuntau Pattani.


“Jadi daripada pengalaman saya ini, saya asaskan Seni Silat Laksamana Singa atas semua sekali gabungan tersebut menjadi satu silibus persilatan yang efektif,” katanya yang ditemui ketika menjalankan latihan silat baru-baru ini.


Menurut anak jati Muar itu, misi beliau tidak lain adalah untuk memelihara seni warisan pusaka Melayu di samping memupuk semangat jati diri seseorang, serta membangkitkan disiplin anak muda daripada terjebak dengan gejala sosial.


Tidak hanya mementingkan aspek pertahanan diri yang merupakan perkara asas dalam persilatan, Idris tetap memartabatkan kesenian di dalam Silat Laksamana Singa kerana seni dalam silat mempunyai maksud yang tersirat.


“Jadi dalam silat saya, selepas mereka habis silibus tangan kosong (tanpa senjata), saya akan ajar mengenai pertahanan diri sebagai silibus tambahan supaya mereka tidak gabra semasa menerima serangan yang tidak dirancang,” kata kontraktor persendirian itu.


Bermula di Muar, kini Seni Silat Laksamana Singa telah berkembang ke negeri lain dengan pembukaan tiga cawangan di Selangor iaitu Jalan Kebun, Shah Alam dan Puchong serta masing-masing satu cawangan di Pernu, Melaka dan Selama, Perak.


Idris, yang merupakan jurulatih kepada Satria (pelatih lelaki) di sini, turut dibantu isterinya Suhana Abdul Hamid, 28, bagi mengajar pelatih wanita, atau dipanggil Serikandi, memandangkan sesi latihan diasingkan mengikut jantina.


Sejak ditubuhkan hingga sekarang, lebih 200 individu berdaftar telah dilatih di seluruh negara dengan pelatih paling muda berumur lapan tahun dan paling tua berumur lebih 50 tahun.


Seni silat itu mempunyai peringkat bengkung kepada pelatih mengikut warna, dengan warna putih di peringkat paling bawah, diikuti warna hitam, hijau dan merah, manakala bengkung kuning adalah untuk jurulatih yang telah tamat semua peringkat.


Selain melatih ahli baharu, Seni Silat Laksamana Singa juga telah menyertai Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Daerah Muar dan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Johor.


Bagaimanapun, Idris yang merupakan bekas Presiden Muay Thai Daerah Petaling, mengakui persilatan mereka masih baharu dan memerlukan promosi untuk pengambilan ahli baharu.


Sehingga kini juga, persilatan itu sudah mempunyai kira-kira 20 jurulatih namun ada antara mereka yang belum mempunyai gelanggang silat sendiri untuk mengajar ahli baharu.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines