Filem The Batman baru sahaja ditayangkan di pawagam pada awal bulan yang lalu, malah ia telah mendapat sambutan hangat daripada penonton lebih-lebih lagi peminat DC dan Batman. Siapa sangka Robert Pattinson, yang melakonkan watak Bruce Wayne (Batman) dapat membawa watak tersebut dengan sangat baik. Tahukah anda, Robert sebenarnya telah belajar silat untuk gaya bertarung dalam filem The Batman.
Bintang "The Batman" sendiri, Robert Pattinson, baru-baru ini mendedahkan kepada Cinema XXI bahawa dia telah mempelajari Silat untuk salah satu adegan fizikal filem itu. Pelakon berusia 35 tahun itu telah mengesahkan bahawa gaya pertarungan yang digunakannya dalam The Batman dalam sebuah temuramah eksklusif. Katanya, silat yang dipelajarinya itu berasal daripada Indonesia. Malah, dia juga mengatakan bahawa dia telah bekerja keras untuk mempelajari pelbagai gerakan pertarungan dengan tambahan beberapa koreografi yang dibantu oleh Rob Alonzo, penyelaras aksi filem itu. Robert juga berkata bahawa silat sememangnya berbeza dengan seni mempertahankan diri yang lain.
"Ia benar-benar gila, ia sangat menyeronokkan. Rasanya gaya bertarung yang berbeza, setiap pergerakan terasa amat menyakitkan,” tambahnya.
Selain daripada silat, terdapat juga teknik lain yang dipelajari oleh Robert iaitu bertarung menggunakan dua batang kayu. “Kami mengikut segala gaya pertarungan Indonesia, di mana anda menggunakan kayu dan pergerakan tersebut diselaraskan dengan sewajarnya, dan kemudian buang kayu tersebut,” kata Robert semasa ditemubual. Selain itu, dia juga mengaku bahawa dia sangat menyukai gaya pertarungan silat dari Indonesia, kerana gaya tersebut lebih fokus kepada pukulan maut, jawabnya apabila disoal.
Yasmine the movie an upcoming Indonesian martial arts drama directed by Siti Kamaluddin.
Love is never an easy matter, especially for Yasmine. The boy of her dreams, Adi is back in town but he hooks up with Dewi, her longtime rival. Tired of her school and tied up in an underdog Silat club, she decides to take matters into her own hands and start leading the team. At first, Yasmine’s secret activities are well hidden. However, when her father eventually finds out, he decides once and for all to save Yasmine from what he believes to be her downfall.
Director: Siti Kamaluddin
Cast: Liyana Yus, Arifin Putra, Reza Rahadian, Carmen Soo, Dian P. Ramlee, Roy Sungkono, Mentari De Marelle, and Nabila Huda
Genre: Action, Martial Arts
Country: Indonesia